Monday, 4 April 2011

Adakah berbaloi menghadiri Seminar Pelaburan EMAS


Seminar EMAS tumbuh bagai cendawan tumbuh sekarang. Macam tidak tahu yang mana yang patut pergi, kan?

Pada pandangan saya, sebelum pergi ke seminar emas ni, study dulu apa yang patut anda ketahui mengenai emas. Banyak blog-blog menceritakan pasal emas cuma ramai tidak menceritakan strategi. Of course, setiap otai emas ni mesti ada rahsia dia yang tersembunyi mana boleh cerita kat blog blog ni. Nanti ramai yang ciplak dan mengaku otai lak.. hehe

Lagi pun kalau bagi free pun, ramai buat endah tidak endah je. Baik berbayar, baru mereka tahu bertapa susahnya mencari ilmu ni.

Berbalik kita kepada seminar emas ini, rata-rata peserta yang menghadiri seminar memang dah tahu apa itu emas dan kepentingan emas.

Strategi Emas

tapi ramai dari mereka hanya mahu mengetahui taktik dan strategi menjana emas. Itu yang paling berharga dalam seminar. Makin banyak seminar semakin banyak taktik yang dapat dipelajari. Tepuk Dada Tanya Poket. Bolehkan anda buat pelaburan emas seperti Otai otai Emas itu.

Nasihat saya, buatlah kiraan anda sendiri secara detil, guna kalkulator, excel sheet, pen, kertas kosong. Lakarkan idea itu dan pastikan idea itu bernas atau tidak? Itu perlu anda study betul-betul. Takut kantoi je sebab ramai yang menceritakan idea itu secara sekerat jalan. Contohnya, bila masa nak terminate loan, adakah boleh pajak sampai bila-bila. Caj simpan nya macam mana. Sebab macam saya lah, saya lebih kalkulatif mengira peratus caj simpan. Ada yang kata 0.65%, ada yang 0.75% dan ada yang kat 0.8%. Bagi saya, ambil yang tinggi sebagai worst case scenario.

Rata-rata dalam 3 jam atau sehari seminar lebih kurang 8 jam maksimum, tidak semua anda akan dapat ilmu mereka. Anda perlu lebih kalkulatif mencari dan mentafsir ilmu mereka.

Ada otai-otai emas yang bersedia menjadikan anda mentee mereka setelah tamat seminar mereka. Ini adalah yang paling terbaik untuk anda mengikut seminar mereka. Belajar secara berterusan dari Otai-Otai ini. Add mereka dalam Facebook anda!

Apa yang penting, kita lah yang menentukan kejayaan pelaburan emas kita. Akhirnya kita juga mencorak kehidupan kita.

ACTION

Satu nasihat saya, ACTION yang paling utama. Dengar saja, attend saja Seminar tidak menjadi tuan-tuan. Fikir cara terbaik untuk anda bergantung kepada matlamat anda lepas tu ACTION.

ACTION je ramai yang tidak buat. Lepas seminar, motivasi anda menurun. Emas pun tidak dilaburkan , pelaburan hartanah lagi lah.

Akhir kata, Selamat melabur!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...