Tuesday, 6 December 2011

Friday, 18 November 2011

Pelaburan EMAS - Kaedah, Pendekatan dan Strategi



Buku mengenai Pelaburan EMAS yang sangat menarik. Saya sudah membacanya.
Anda bila lagi?





Bahagian 1
Bab1 Pengenalan 3
Bab 2 Sifat-Sifat Emas 13
Bab 3 Kegunaan-Kegunaan Emas 19
Bab 4 Sumber-Sumber Emas 25
Bab 5 Ukuran Timbangan Emas 29
Bab 6 Jenis-jenis Emas 35
Bab 7 Kaedah Menentukan Ketulenan Emas 45

Bahagian 2
Bab 8 Kaedah Penentuan Harga Emas 53
Bab 9 Bentuk-bentuk Pelaburan Emas di Malaysia 57
Bab 10 Pembekal-pembekal Pelaburan Emas di Malaysia 63

Bahagian 3
Bab 11 Perancangan Sebelum Melabur 69
Bab 12 Risiko Pelaburan Emas 87
Bab 13 Strategi Pelaburan Emas 93

Bahagian 4
Bab 14 Penipuan dalam Pelaburan Emas 109
Bab 15 Pengiraan Zakat 115

Friday, 23 September 2011

George soros naik tangga ke sepuluh terkaya di amerika sebab pelaburan emas

NEW YORK: Pelabur, George Soros, pada usia 81 tahun, buat kali pertama tersenarai antara 10 orang paling kaya di Amerika Syarikat.

Tidak mengejutkan, Bill Gates sekali lagi menduduki tangga teratas senarai berkenaan dengan harta berjumlah AS$59 bilion, meningkat AS$5 bilion, lapor Majalah Forbes semalam dalam edisi 2011 senarai tahunan orang paling kayanya.


Pengasas Microsoft itu menjadi orang paling kaya Amerika sejak 1994.

Setiap mereka yang berada dalam senarai 20 paling kaya menyaksikan kekayaan mereka meningkat, kecuali Warren Buffet yang hartanya merosot sebanyak AS$6 bilion kepada AS$39 bilion ekoran kejatuhan sahamnya dalam Berkshire Hathaway. Buffett sebelum ini menggesa Presiden Barack Obama supaya meningkatkan cukai terhadap jutawan dan berikrar akan mendermakan 99 peratus hartanya untuk kerja kebajikan.


Menduduki tangga ketujuh, Soros memiliki harta berjumlah AS$22 bilion selepas menggabungkan harta bersihnya bernilai AS$7.8 bilion dengan pelaburannya dalam emas dan sekuriti berkaitan.


Soros menukarkan sahamnya kepada tunai pada musim bunga lalu, membolehkannya mengekalkan keuntungan dan mengelak daripada kerugian ketika kegawatan pasaran ekoran krisis hutang di Eropah.

Sementara itu, Buffet menduduki tangga kedua dan kemerosotan hartanya berpunca daripada kejatuhan saham nya dalam Berkshire Hathaway sebanyak sembilan peratus antara 25 Ogos 2010 dan 26 Ogos 2011. “Beliau juga adalah bilionair paling dermawan,” kata Luisa Kroll, Pengarang Forbes. Menduduki tangga ketiga senarai itu ialah pengasas Oracle, Larry Ellison, yang nilai kekayaannya meningkat sebanyak AS$6 billion kepada AS$33 billion. - AP

Thursday, 22 September 2011

Wednesday, 14 September 2011

Bila masa sesuai untuk membeli emas?


Ramai yang bertanya tentang soalan diatas dan amat digemari bagi mereka baru terbuka mata untuk melabur emas.

Bagi saya, jawapannya amat mudah iaitu SEKARANG or NOW!. Kalau tak melabur sekarang, bila lagi. Nak tunggu harga rendah, memang ada adat turun naik.

Rata-rata, apabila mereka beli masa rendah, dan sekarang harga melonjak tinggi, gembira sakan.

Tapi bila, harga jatuh dari nilaian yg mereka beli sebelum ni. Ramai la dok komplen tak puas hati.

Anyway, bagi saya. Kalau tak start sekarang, bila lagi.. Nak tunggu harga emas RM400/gm baru nak melabur.

So tunggu la buah durian tu gugur.. Kalau gugur tak pe. tapi yg gugur nya orang lain punya dusun durian..

Hehe.. Fikirkan lah.

** macam gambar durian diaatas, dan kena ikat dgn sarung dawai. So memang tak gugur lah.. Tunggu la ya sampai dia gugur.

Wednesday, 24 August 2011

Tuesday, 23 August 2011

Harga emas mencecah paras USD1900 per ounce

Harga emas naik mendadak disebabkan kemerosotan nilai USD, nilai hutang yg di'approved'kan lagi tapi jika nilai USD mengukuh semula.


Adakah nilai emas juga turun atau sebaliknya?


Soalan cepumas kan? Dengan ekonomi yang tak menentu di Eropah bermula dengan Greece dah mula merebak ke negara eropah yang lain.




Sunday, 8 May 2011

Kadar Pajak Gadi Ar-Rahnu Agro Bank May 2011

Dari desas-desus facebook. Untuk makluman semua Agro Bank hanya menawarkan pajak gadai ar rahnu pinjaman 70% utk barang kemas dan goldbar hanya 50% sahaja.

*Dari komen-komen pelabur emas , ini tertakluk kepada Agro Bank tertentu sahaja

Anda perlu mengesahkan sendiri kebenarannya.

Terima kasih.

Konsep Tunggu dan Lihat Harga Emas


Ramai mengambil sikap berhati dalam membeli dan menjual emas. Kadar lelongan di facebook facebook juga tidaklah serancak seperti sebelum nya.

Ini adalah kerana harga emas turun sedikit dari nilai sebelum ini.

Harga emas hari ini adalah sama dengan harga emas 14-18 April 2011. Ada yang mengambil peluang membeli lebih banyak stok ada ramai yang jenis tunggu dan lihat.

Ada yang mengharapkan harga akan turun lebih lagi untuk mendapat lebih banyak stok. Tapi ramai yang sudah kehabisan wang untuk melakukan stok penimbal.

Apapun teknik anda, tepuk dada tanya selera.



Thursday, 5 May 2011

Harga EMAS Jatuh


Pagi tadi 1 dinar PG mencecah RM670, inilah masanya beli stock simpanan untuk sesiapa yang membeli harga yang lebih mahal dari RM670.

Ramai yang membuat spekulasi tentang emas, ada yang mengatakan sebab Osama dibunuh, maka Dollar mengukuh disebabkan keselamatan negara lebih baik walau pun itu hanyalah dongengan semata.

Kedua, ramai yang mengatakan US ingin meningkatkan lagi ceiling hutang mereka walaup 14.21 Trilion dollar adalah nilai ceiling yang ditetapkan oleh Federal Reserve.

Apa-apapun kalau emas jatuh, belilah lebih stok, bila mahal, beli juga tapi sikit-sikit je lah.

Kalau jadi spekulasi, sampai bila kita tak membeli.

Apapun selamat melabur.

Sunday, 24 April 2011

Nota Pendek Ilmu Emas


Kepentingan Emas

  • menghapuskan sistem kapitalis
  • menghapuskan riba
  • mengukuhkan kuasa membeli
  • menambah pengaliran wang masuk (cash flow)
Jenis Emas

  • 999
  • 950
  • 916
  • Suasa
  • Rantai Emas
  • Gold Bullion - GCP, PG, LF,
  • Berapa gram yang dijual, 20gm, 50gm,100gm.
  • Hallmark
Web atau Carta Harga
  • Web mana nak tahu kenaikan emas
  • PG
  • Kitco
  • Kelantan Gold Trade
  • Ada caj pengangkutan?

Beza Dinar dan Emas, Dirham dan Perak

Zakat Emas dan Perak? Bagaimana?


Pelaburan Emas

a) Pajak Gadai
  • kena faham pasal Pajak Gadai
  • Pajak Gadai Konvensional & Pajak Gadai islam
  • Pajak Gadai Ar-Rahnu

b) Bank atau koperasi mana nak gadai

  • Yapeim
  • Agro Bank
  • Bank Rakyat
c) Kena faham term-term dalam Pajak Gadai

  • Marhun
  • Caj Simpan
  • Pinjaman
  • Masa Pajakan contoh 6+6+6, 6+3
Matlamat Pelaburan Emas

a) Emas Fizikal

  • Rantai Emas
  • Gold Bar

b) Akaun Emas
  • GSPA
  • GIA
  • KFH
*halal haram kena tahu.. sebab dan musabab nya.

Teknik Pelaburan Emas

1) Pajak dan beli Barang
  • EPP sendiri

2) Pajak dan Rempit Emas
  • Rempit biasa (selalu nya terduduk)
  • Rempit bertaktik (kena kursus)
3) Simpan dan Naik - Jual
Makan sekali je

4) Cara atasi Inflasi (the best ever investment)

5)Pelaburan Emas Vs ASB

6) Teknik 1 dinar 1 bulan
  • Untuk pendapatan rendah dan nak melabur emas

7) Teknik dealer
  • Komisen la

8) Pajak dan dapat duit harian atau mingguan
  • totally cash flow

9) Pajak bulanan bagi kenaikan emas
  • untuk bank tertentu sahaja

10) Taktik tanpa modal
  • Teknik Air liur sahaja

Akhir sekali.

Kat mana nak jual balik jika terdesak
  • orang lain
  • dealer anda
  • syarikat emas


Wednesday, 20 April 2011

Tuesday, 19 April 2011

Produk Jualan kami dari Public Gold


Produk yang dijual


Public Gold menawarkan 2 bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:

1. Dinar Emas (Coin) 916
2. Jongkong emas / gold bar 999.9


Dinar Emas.

Dinar emas yang dijual adalah di dalam bentuk berikut:-

1. 1 Dinar (4.25g 916)
2. 5 Dinar (21.25g 916)
3. 10 Dinar (42.50g 916)

Jongkong emas / Gold bar

Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:-

1. 20 gram (999)
2. 50 gram (999)
3. 100 gram (999)
4. 250 gram (999)

Sijil Ketulenan EmasK

Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh "Assayer" yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.

Entry point untuk melabur emas


Harga emas sekarang sedang meningkat naik. Memang ini yang ditunggu-tunggu oleh pelabur emas tetapi apa yang perlu anda buat sekarang.

Andakah anda perlu membeli lagi selain menunggu harga melonjak naik atau terus duduk berdiam diri.

Bagi saya, entry point untuk melabur dan menyimpan emas perlu betul. Jika tidak betul, padah namanya.

Sekarang ni harga emas telah meningkat 10% dari awal tahun.

Sebagai contoh. Harga di awal tahun untuk 20gm RM2960 (paling rendah) dan pada hari ini RM3328, maka kenaikan nya telah mencapai 12%.

Jika anda membeli harga di awal tahun untuk 20gm RM3030 dan hari ini RM3328, maka kenaikan nya telah mencapai lebih kurang 10%.

Entry point untuk terjun dalam pelaburan emas adalah penting. Jangan tergesa-gesa.

Matlamat melabur emas

Apa matlamat anda sebenarnya melabur?

Hanya anda sahaja yang tahu jawapannya.

Sunday, 10 April 2011

Nota Pendek Asas Simpanan Emas


Rasanya dah berbuih orang memberitahu kepentingan emas. Maka apa yang penting, anda sendiri perlu berusaha mencari apakah asas menyimpan emas.

1. Perkara pertama, search pelbagai blog dan halaman web tentang emas. Baca-baca dan terus membaca.

Kalau tak faham, tanyalah otai-otai kita, kalau nak tahu lagi pergi lah seminar seminar emas yang tumbuh bagai cendawan sekarang. Disini, anda kena tahu, apa itu Emas 999, 950, 916, 875,apa itu 24 Karat, 22 Karat, apa itu suasa, apa itu Dinar, berapa gram dinar tersebut, dirham, apa itu dirham dan berapa gram.

2. Alert dengan harga emas semasa. Lihat goldprice.org, kitco.com atau harga-harga pengedar emas malaysia seperti pulicgold dan GCP. Bila masa waktu New York mulakan trading emas.

3. Jenis pelaburan emas- Emas Gold Bar ke Akaun Simpanan Emas atau juga Barang Kemas

Kompilasi Harga Emas hari ini di Malaysia dan antarabangsa

Harga Harian Syiling Kijang Emas

Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)

Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)

Harga Dinar Emas Kelantan

Harga Emas UOB Bank Gold Products

Persatuan barang kemas Malaysia (FGJAM)

Harga Emas Dunia (spot gold)

Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram

Harga Emas 30 hari 60 hari, 6 bulan 1 Tahun 5 Tahun 10 Tahun

Harga Perak 30 hari 60 hari, 6 bulan 1 Tahun 5 Tahun 10 Tahun


Harga Akaun Simpanan Emas

Harga Emas Hari ini Public Bank Akaun Pelaburan Emas (GIA) -Not Syariah Compliant
Harga Emas hari ini Maybank Akaun Simpanan Emas (GSPA) -Not Syariah Compliant
Akaun Kuwait Finance House - Syariah Compliant


4. Perlu belajar apa tu Jenama produk kita, kekukuhan syarikat itu, dimana mahu membeli dan yang paling penting mana nak dijual emas tersebut

5. Bagaimana nak memulakan simpanan emas, berapa banyak perlu saya beli, berapa banyak perlu dibeli dan dijual setiap bulan, Bagaimana cara anda laburkan wang anda

6. Kat mana nak pajak, jika ada masa anda nak wang segera atau nak tambah stok emas.
7. Kenapa perlu beli emas dari wang yang anda dapat bulan? Apa itu inflasi?
Selamat melabur!

Jangan la sibuk memberi alasan, tetapi berusaha la untuk mencari jalan


Anda mesti biasa dengar .."tak de modal!" Itulah laungan yang selalu anda dengari jika nak melabur. Ntah tak tahu bila nya ada modal nya kalau kita tidak mencari.

Selalunya orang sebegini kerana mereka tidak pernah membuat financial makeover mereka sendiri. Tak de ada pun tabung untuk pelaburan tapi tabung yang ada hanya untuk perbelanjaan.

Dalam melabur emas, tidak perlu gelojoh, beli dinar secara bulanan dengan istiqamah adalah lebih baik dari membeli secara "on off investment". Kalau kena masa dan ketika, mungkin kita akan untung tetapi mungkin juga rugi. Tapi kalau beli masa harga tengah murah, untungnya berlipat ganda.

Anda lihat sendiri Langkah-langkah membina tabungan.

Saturday, 9 April 2011

Hina Besi kerana Karatnya, Mulia Emas kerana Harganya


Harga emas menunjuk peningkatan beberapa hari ni. Ish Ish, kena tambah stok sebelum harga akan menjadi tinggi lagi.

How high is high? Tidak seorang pun mengetahui nya. Adakah ini spekulasi atau memang ini adalah scenario emas masa kini.

Apa-apapun, jangan ketinggalan boat. Mari kita melabur dan melabur.

Mana tahu, daun-daun kering jadi ikan, wang-wang kertas kita jadi EMAS.

Selamat Melabur.

Tok Peraih Emas

Strategi Emas bagi membayar kad kredit

Ramai yang menggunakan kredit kad sebagai wang mudah untuk membayar keperluan seharian. Jika tidak di jaga, perbelanjaan dan hutang di kredit kad akan bertambah. Meminjam wang dengan kredit kad memang mudah, swipe saja, dapat barang.

Cuma masalahnya, bila tiba masa untuk membayar kredit kad. Ramai yang tercari-cari cara untuk membayar hutang kredit kad bila tiba waktu pembayaran. Anda mesti ingat, jika lambat bayar atau tidak membayar baki at least 5%, anda akan dikenakan bayaran RM50 atau 1% yang mana lebih tinggi. Ramai pengguna yang tidak mengendahkan kerana tidak cukup tunai untuk membayar. Jika lambat atau tidak membayar sebelum 15 haribulan setiap bulan, catatan "1" anda di palit di CCRIS anda.

Ingatlah, dengan rekod yang buruk, anda akan sukar mendapat apa-apa pinjaman dari bank.

Cara terbaik adalah dengan strategi beli EMAS -> Pajak -> Bayar Kad Kredit.

Kad kredit adalah musuh utama pengguna di Malaysia. Dengan kadar 1.5% sebulan dan 18% setahun. Ia adalah satu instrumen Ah Long yang Bertauliah dari Bank untuk memberi hutangan dengan pulangan setinggi itu,

Memang anda akan kata jika saya beli emas dan pajak, saya masih berhutang dengan Ar-Rahnu kerana caj simpan sebanyak 0.75% sebulan dan 9% setahun. Ini adalah lebih baik dari pada membayar 2 kali ganda interest yang dikenakan dan pada akhirnya anda dapat membayar hutang dan juga mendapat emas. Tapi ingat, dengan kenaikan emas (sebagai contoh konservatif sebanyak 20%, anda mendapat lebih pulangan) dengan nilai emas yang semakin tinggi.

Wednesday, 6 April 2011

Strategi Pelaburan Emas Konvensional


Strategi Emas ni biasalah digunakan oleh mana-mana pelabur emas. Strategi ini adalah beli dan simpan. Beli emas sekarang dan simpan untuk jangka masa yang panjang. Dengan kenaikan harga emas, anda mendapat keuntungan dengan menjual. Tetapi keuntungan anda sekali sahaja iaitu setelah menjual emas tersebut. One Off deal je.

Ini strategi mudah. Selalu jika ada lebihan duit beli dan simpan. Jika terdesak, boleh je jual atau pajak. Pajak lebih baik , lepas ada duit, tebus balik emas tersebut.

Selalu kita diingatkan supaya guna taktik "Buy Low Sell High". Satu persoalan, bila ya harga buy dia low atau rendah. Harga emas tidak akan serendah mana dah. So apabila kita lihat harga emas hari-hari ni, kita akan tahu berapa margin rendah dan berapa margin tinggi tu.

Selamat melabur.

Monday, 4 April 2011

Adakah berbaloi menghadiri Seminar Pelaburan EMAS


Seminar EMAS tumbuh bagai cendawan tumbuh sekarang. Macam tidak tahu yang mana yang patut pergi, kan?

Pada pandangan saya, sebelum pergi ke seminar emas ni, study dulu apa yang patut anda ketahui mengenai emas. Banyak blog-blog menceritakan pasal emas cuma ramai tidak menceritakan strategi. Of course, setiap otai emas ni mesti ada rahsia dia yang tersembunyi mana boleh cerita kat blog blog ni. Nanti ramai yang ciplak dan mengaku otai lak.. hehe

Lagi pun kalau bagi free pun, ramai buat endah tidak endah je. Baik berbayar, baru mereka tahu bertapa susahnya mencari ilmu ni.

Berbalik kita kepada seminar emas ini, rata-rata peserta yang menghadiri seminar memang dah tahu apa itu emas dan kepentingan emas.

Strategi Emas

tapi ramai dari mereka hanya mahu mengetahui taktik dan strategi menjana emas. Itu yang paling berharga dalam seminar. Makin banyak seminar semakin banyak taktik yang dapat dipelajari. Tepuk Dada Tanya Poket. Bolehkan anda buat pelaburan emas seperti Otai otai Emas itu.

Nasihat saya, buatlah kiraan anda sendiri secara detil, guna kalkulator, excel sheet, pen, kertas kosong. Lakarkan idea itu dan pastikan idea itu bernas atau tidak? Itu perlu anda study betul-betul. Takut kantoi je sebab ramai yang menceritakan idea itu secara sekerat jalan. Contohnya, bila masa nak terminate loan, adakah boleh pajak sampai bila-bila. Caj simpan nya macam mana. Sebab macam saya lah, saya lebih kalkulatif mengira peratus caj simpan. Ada yang kata 0.65%, ada yang 0.75% dan ada yang kat 0.8%. Bagi saya, ambil yang tinggi sebagai worst case scenario.

Rata-rata dalam 3 jam atau sehari seminar lebih kurang 8 jam maksimum, tidak semua anda akan dapat ilmu mereka. Anda perlu lebih kalkulatif mencari dan mentafsir ilmu mereka.

Ada otai-otai emas yang bersedia menjadikan anda mentee mereka setelah tamat seminar mereka. Ini adalah yang paling terbaik untuk anda mengikut seminar mereka. Belajar secara berterusan dari Otai-Otai ini. Add mereka dalam Facebook anda!

Apa yang penting, kita lah yang menentukan kejayaan pelaburan emas kita. Akhirnya kita juga mencorak kehidupan kita.

ACTION

Satu nasihat saya, ACTION yang paling utama. Dengar saja, attend saja Seminar tidak menjadi tuan-tuan. Fikir cara terbaik untuk anda bergantung kepada matlamat anda lepas tu ACTION.

ACTION je ramai yang tidak buat. Lepas seminar, motivasi anda menurun. Emas pun tidak dilaburkan , pelaburan hartanah lagi lah.

Akhir kata, Selamat melabur!!

GSPA , GIA atau Akaun Simpanan Emas



Adakah berbaloi melanggan GSPA atau GIA?

Pada mula, inilah pelaburan pertama yang saya buat selain membeli barang kemas untuk isteri saya. Oleh kerana pada masa ini, ramai yang memperkatakan pasal emas, saya terus membelinya.


Tetapi setelah pergi ke seminar-seminar pelaburan emas dan membaca blog mengenai Emas fizikal, tanpa berlengah lagi saya terus terpikat dengan Emas Fizikal. Tambahan pula, dengan Emas fizikal; anda mempunyai banyak kelebihan berbanding akaun simpanan emas ini. Pasal kelebihan ini, banyak blog telah pun menghuraikan nya maka tidak perlulah saya menghuraikannya lagi.

Ditambah lagi dengan komen Ustaz Zaharuddin saya telah pun beralih arah dan menjual semua emas di Akaun Pelaburan Emas itu.

Bacalah komen dibawah kenapa ia tidak mengikut syariah Islam?

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html

Saturday, 2 April 2011

Jangan jadi Speculator tapi Jadi lah Real Investor


Pada masa dan ketika, selalunya kita akan bersikap menjadi Speculator. Kenapa kita menjadi Speculator? Ini kerana, kita akan membeli emas dengan harga lebih rendah dengan jankaan emas akan naik dalam masa yang singkat. Anda melihat pergerakan naik turun emas setiap dua puluh minit even setiap jam.

Memang betul, ramai OTAI-OTAI Emas yang menyuruh kita membeli dengan matlamat ini "Buy Low Sell High". Tapi untuk mendapat keuntungan sebegini cepat anda sebenarnya menjadi speculator. Sebagai speculator, anda hanya menantikan keuntungan sedikit dalam masa yang singkat. Keuntungan anda hanya setakat kenaikan harga yang sedikit.

Jika anda sebagai Real Investor, anda melihat harga emas sebagai satu tanda aras, anda membeli untuk menantikan kenaikan yang lebih tinggi iaitu at least 6 bulan keatas, sementara itu, jika anda pelanggan yang ingin membeli anda dapat menjualnya dengan harga semasa.

Mereka tidak melihat penjualan emas dan pembelian emas pada satu transaksi sahaja. Dalam jangkamasa ini, sudah tentu keuntungan anda sudah melipat ganda.

Pelabur sebenar adalah pelabur yang hanya berkisar di sekeliling graf kenaikan dan penurunan harga emas. Anda adalah pelabur yang paling bijak.

Thursday, 31 March 2011

Simpanan Emas untuk Pendidikan Anak


Rasa terpanggil untuk memberi formula untuk simpanan pendidikan anak-anak kita pada masa depan. Jika anda membeli 20gm untuk anda yang baru/bakal lahir) dan anda simpan selama mana yang anda tentukan. Contohnya, setelah anak anda berumur 18 tahun, berapakah pulangan anda pada masa itu?

Dari formula dalam excel dengan menggunakan function FV iaitu Future Value

FV(20%,18,0,-3200) , anda akan mendapat RM 85,194.67 jika kenaikannya 20 peratus setahun.

Fikirkan lah jika dalam 10 tahun, kenaikan 380% seperti sebelumnya. Fikirkan lah.

Salam Ceria
TokPeraihEmas.com


Monday, 28 March 2011

Melabur dalam EMAS untuk mengelak Inflasi


Melabur dalam EMAS sentiasa menjadi elemen pelaburan yang terbaik. Semua negara membangun seluruh dunia mengikut sahaja sistem kapitalis barat iaitu mencetak duit macam jual goreng pisang.

Bank utama seluruh dunia menampakan GDP, Growth Per Capita rendah dan ini membuatkan mereka mencetak duit sewenang-wenangnya. Mereka fikir dengan cara ini dapat mengatasi inflasi tetapi inflasi itu bagaikan harimau yang tidak mudah dijinakkan.

Ini adalah menyebab kenapa pelabur perlu berhati-hati and tidak lama lagi inflasi akan berlaku and ia akan menjadi lebih buruk. Cara terbaik mengelak inflasi sudah semestinya EMAS. Jika anda lihat carta setiap tahu, anda dapat lihat peningkatan nilai semasa emas bertambah.

Jika anda lihat carta semasa matawang US, anda akan melihat penurunan nilai matawang tersebut. Analysis telah pun memutuskan bahawa nila ceiling emas akan tetatp, dana harga lantai UDS tidak akan menjadi lebih rendah.

Jika kerajaan masih menambah dan mencetal bekalan matawang mereka selagi itulah inflasi akan berlaku. Mudah bukan.

Ramai yang bertanya, kenapa kena guna EMAS sebagai penyekat inflasi. Sejarah telah menunjukkan EMAS telah wujud lebih 1000 tahun lalu . Dengan ini, kita perlu beralih kepada EMAS.

Jom join jadi dealer saya. Hubungi saya ZAM (TokPeraihEmas.com) at 013.6408906 atau isi borang di http://tokperaihemas.com

Sunday, 27 March 2011

Teknik Teknik Melabur EMAS


1. Beli & Pajak EMAS (teknik outdated dah.. ramai yang kantoi, last-last berhutang dengan Ar-Rahnu). eh bukan, dia orang keje untuk bayar Bank Rakyat dan Agro Bank

2. Teknik Perbelanjaan bulanan dikawal selia EMAS - paling best tapi modal tinggi.

3. Teknik Emas VS ASB - Susah nak citer.

4. Teknik Stok Sendiri - Kasi display je

5. Teknik Simpan buat perkasam - Teknik holding power yang tinggi. Kalau tak jual, memang tak rasa profit.

6. Teknik Rempit Emas, jangan sampai disempitkan. - Target banyakkan stok EMAS, kalau tak displin memang kantoi

7. Teknik 6 bulan - Kena ada holding power

8. Teknik Pecahan Emas - kurangkan kadar tanggungan pajakan di Ar-Rahnu

9. Teknik 3 Tahun - Kena ada holding power yang tinggi


DVD Video: Why Gold and Silver

Why Gold and Silver by Mike Maloney

In this amazing video you will learn how history unequivocally shows that there is a way to transform the upcoming economic storm into life changing wealth for you and your family.

For the last 5000 years, gold and silver have been the safe haven asset; the asset that protects your wealth during turbulent times. But there are brief moments in history where gold and silver are not only the safe haven, but they also offer the single greatest potential gains. We believe now is one of those times. If you are informed this period in history could present you with the biggest financial opportunity of your lifetime.

* boleh pinjam atau muat turun.

Kompilasi Strategi EMAS


Sudah Genap 5 bulan saya menceburi bisnes emas secara aktif, maka banyak lah informasi-informasi yang saya cari di halaman web OTAI-OTAI EMAS and juga seminar-seminar EMAS yang tumbuh semacam cendawan tumbuh selepas hujan.

Seminar

Antara seminar-seminar yang saya ikuti adalah Seminar EMAS PokLI dan Tuan Karim BizMambau dan Seminar EMAS (Kearah kebebasan kewangan melalui Public Gold) PokLI dan Tuan Mohd Faizan (pelaburjutawan)

Banyak tips-tips dan strategi yang saya dapati dari Seminar EMAS ni yang tidak diberitahu secara direct di halaman blog mereka.

Mahar

Nak tahu ke? Itu kena bayar mahar tu.. Salah seorang SIFU saya, mahar nya kenalah beli EMAS dengan saya. Itu je.

Saya jawab kenapa kena mahar. Sebabnya................ kalau bagi free info, ramai yang masuk telingan kiri dan keluar telinga kanan. Kalau mereka yang beli EMAS tu, sememang nya mereka nakkan ACTION, nak kan taktik camner untuk menjana pendapatan dari EMAS mereka. Betul tak?

Saya akan reveal kompilasi taktik-taktik dan strategi EMAS ini untuk mereka yang serius sahaja dan menjadi dealer saya.

Kalau yang tak serius tu, tak payah ler.. Baca je apa yang ada di semua blog OTAI EMAS kat alam maya siber ni je. Tak payah keluar duit, tak payah ACTION. Mudah kan, tak habis air liur dan tak habis masa saya.


Sesiapa yang berminat tu, tahniah diucapkan dan saya pun seperti anda suatu masa dulu. Dah puas saya mencari sesuatu untuk mendapat pendapatan pasif yang berterusan. Dah banyak MLM saya masuk, dah naik menyampah dah orang dengar. Bosan betul.

Tapi akhirnya, ini lah satu-satu 'passion' saya dan saya akan tumpukan sepenuh masa saya terhadap perniagaan emas ini.

Walaupun saya bergelar Senior Technical Consultant, Engineer atau Researcher yang pernah bekerja di Syarikat Antarabangsa di Stockholm, Milan dan Bern, saya adalah insan biasa seperti anda yang mencari sesuap nasi untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Wang bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang.

Belajar PHD sekali pun, akhirnya untuk dapat gaji. Alangkah lebih baik belajar ilmu menjana wang daripada ilmu yang hanya dipraktis di Universiti saja.

Sekian dari saya. Good Luck ya, saya doakan untuk anda.

Sesiapa yang serius tu, boleh la kita TT kat mana-mana. Mana tahu, kita boleh sama-sama berjaya and berkerjasama.

Amin.



Matlamat Utama Pelaburan EMAS

Matlamat UTAMA membeli dan menyimpan EMAS

  • Menguatkan kuasa membeli
  • Mengurangkan hutang yang tidak baik.
  • Mengurangkan kebergantungkan kepada Wang Fiat
  • Mengelak dari Sistem Kapitalis
  • Keuntungan berlipat ganda dengan kenaikan emas

Saturday, 26 March 2011

Kebebasan Kewangan


Kebebasan Kewangan adalah kemampuan untuk hidup mengikut gaya hidup yang kita suka tanpa memikir kita harus bekerja atau bergantung kepada orang lain tentang wang. Bekerja mengikut minat kita.

Satu lagi yang paling penting - "Piece of Mind" atau dengan ketenangan jiwa.

Salah satu cara saya adalah dengan melabur dalam EMAS Fizikal. Nak tahu, kena pergi belajar ilmu manipulasi EMAS..

Tepuk dada tanya Minda

Thursday, 24 March 2011

Cara menjadi Dealer Public Gold


Untuk menjadi DEALER PUBLIC GOLD

DEALER = RM20K dengan komisyen 1.0%
DEALER UTAMA @ PRIORITY DEALER = RM100K dengann komisyen 1.5%
MASTER DEALER = RM500K dengann komisyen 2.0%

** Semuanya dengan Stok EMAS bukan membership sahaja.

Gunakan langkah dibawah untuk anda mendaftar sebagai Agen dealer

SMS sahaja senang kepada 013.6408906

"NAMA ANDA,KAD PENGENALAN,ALAMAT SURAT MENYURAT,TELEFON,EMAIL,NO AKAUN MAYBANK @ & JENIS STOK"

Sebagai contoh:

Saya ingin menjadi DEALER dengan modal 20K.

Contoh Harga EMAS Gold bar 999 20gm : RM3200
Harga 1 Dinar 916 : RM660

Saya mengambil 6 x 6 Gold Bar EMAS 999 20gm = 6 x RM3200 =19200
2 x 1 Dinar 916 = 2 x RM 660= RM1320
Total = RM 20520

----------------------------------------------------------------------------------
Untuk Gold bar 20gm, caj bawaan = RM10 setiap satu
Untuk Gold bar 50gm, caj bawaan = RM20 setiap satu
Untuk Gold bar 100gm, caj bawaan = RM30 setiap satu

*Dinar tidak ada caj bawaan.

Apa itu Karat atau Carat


Karat @ Carat adalah cara untuk menyukat ketulenan emas. 1 Karat (dalam ertikata K) bersamaan 24 kali ganda ketulenan bahan.

X = 24 x Mg / Mm

dimana

X adalah takat ketulenan sesuatu bahan
Mg adalah bahan pengurut untuk ketulenan emas atau platinum
Mm adalah jumlah berat sesuatu bahan

Maka 24 Karat emas tulen ialah (99.9% Au w/w), 18-Karat Emas mempunyai 75% Emas, 12-Karat emas mempunyai 50% emas dan sebagainya.


Karat Emas dalam bentuk bullion dan pembuatan barang kemas:

24 Karat (millesimal fineness 999 or higher)
23 Karat (millesimal fineness 950)
22 Karat (millesimal fineness 916)
21 Karat (millesimal fineness 875)
20 Karat (millesimal fineness 833)
18 Karat (millesimal fineness 750)
15 Karat (millesimal fineness 625)
14 Karat (millesimal fineness 585)
10 Karat (millesimal fineness 417)
9 Karat (millesimal fineness 375)
8 Karat (millesimal fineness 333)
1 Karat (millesimal fineness 042)

Graf ketulenan :

Wednesday, 23 March 2011

Koleksi ebook tentang Emas

Koleksi ebook saya:


1. Buy Gold Now





















2. Rich Dad - Guide to Investing in Gold and Silver



















3. EbookMenyingkap Rahsia Pelaburan

4. Emas Percuma Dalam Barang Terpakai/ Rosak5. Emas Emas yang Hilang

6. How to Profit in Gold: Professional Tips and Strategies for Todays Ultimate Safe Haven Investment



















7. Turning Silver into Gold


**
















8: Gold, The once ad future Money


















9. Precious Metals Trading: How To Forecast and Profit from Major Market Moves Book

Kisah ku mengenai kepentingan Emas

Saya menyedari tentang pentingnya emas dalam kehidupan ini agak lambat juga. Beli emas pun hanya sekadar untuk isteri pakai sebab orang lelaki mana boleh pakai barang kemas emas ni.

Kelantan, City of Dinar

Jika anda pernah ke Kelantan terutama di Pasar Siti Khadijah, anda akan dapati bahawa ramai usahawan wanita kelantan yang barang kemas emas nya sampai ke Pangkal Lengan. Itu kelebihan orang Kelantan. Kesedaran tentang Emas sebagai asas simpanan masa depan sejak dari dulu lagi.
Berbalik kepada cerita saya, saya menyedari hal ini setelah kawan-kawan saya dikalangan usahawan yang suka bergiat dengan perniagaan. Salah satu perniagaan yang dijalankan adalah menjual/beli emas especially Rantai Emas 999.

Mulanya, saya tidak mempedulikan perniagaan mereka hinggalah saya melihat passive income mereka yang cukup mantap sekali. Sebagai jurutera atau merangkap Konsultant, saya lebih gemar bekerja makan gaji dan hanya mengharapkan gaji bulanan. Ini adalah idea yang sangat teruk dan sehingga kini ia amat mengecewakan saya dan selalu bertanya "Kenapa saya lambat sedar"?

Bermula nya pada tahun lepas, setelah dikeliling oleh kawan-kawan yang mempromosi kan gold bar Public Gold dan rantai emas 999. Saya agak skeptikal pada mula dengan modal permulaan yang agak besar pada permulaannya sebagai dealer. Duit nya ada tapi budget itu saya kumpul untuk deposit bagi flat/apt bagi pelaburan hartanah pertama saya.

Beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2010, saya dengan rakan sepejabat melawat sendiri Ofis Public Gold di Sunway. Keadaan nya agak sesak pada masa itu tetapi saya gagahi dengan bertanya tentang Public Gold. Walaupun sebelum ni, saya sudah mengetahui apakah produk-produk emas yang dikeluarkan oleh Public Gold. Untuk kali ini, saya bertanya tentang detil sebagai dealer Public Gold.

Dealer Public Gold

Apabila mengetahui terms and condition sebagai Dealer Public Gold, saya dan rakan sekerja telah mendaftar diri sebagai Dealer Public Gold. Hati bercampur baur, nak masuk ke tidak? Adakah ini peluang terbaik untuk saya. Jumlah permulaan 20 ribu menjadi persoalan. Walaupun budget itu ada tapi hati masih berbelah bagi.

Pada masa yang sama, Eksekutif Pemasaran Public Gold telah memberitahu saya tentang Skim Pinjaman Mudah atau EPP untuk bakal dealar untuk 4 kali bayaran dengan caj tambahan RM103. Oleh kerana saya tidak membawa check semasa pendaftaran itu. Bayaran ansuran telah diberikan.

Tetapi saya telah membayaran kesemua jumlah tersebut dalam masa 2 bulan sahaja dan semua stok emas itu telah saya perolehi.

Modal RM20,000 je

Dengan Modal lebih kurang RM20,000 pada masa itu, saya mendapat stok emas 6 x 20gm Gold Bar 999 and 2 x 1 dinar.

Setelah difikirkan balik, modal RM20,000 tidaklah sebesar mana dibandingkan peluang untuk menjana pendapatan dari kenaikan dan juga jualan emas itu sendiri.

Kebaikan untuk menjadi dealer public Gold and melabur adalah seperti dibawah.












Jika Anda berminat untuk menjadi Dealer/Agen Public Gold, sila hubung saya dengan borang "Contact Form" dibawah..


Sunday, 20 March 2011

Kenapa saya memilih untuk membeli emas Public Gold

KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD?

1- Mereka menawarkan spread yang sangat rendah untuk jualan semula, iaitu sekitar 4-6% sahaja berbanding kedai emas yang mengenakan spread 15-30%.

2- Saya berpeluang menjadi ahli perniagaan (dealer) emas public Gold.

3 - Harga yang berubah setiap 20 minit memberikan lebih peluang keuntungan berbanding harga emas di kedai emas yang tertakluk dengan ketetapan harga Persatuan Emas Malaysia dan Federasi Barang Kemas Malaysia.

4- Sebagai dealer, anda dibayar komisyen 1 - 1.5% dari setiap pembelian, tidak perlu jual pun, beli untuk sendiri pun sudah berbaloi.

5- Syarikat pertama di malaysia yang menjual emas, dinar dan barangan kemas dengan menggunakan sistem "locking price" sama ada melalui online (24 jam) , sms (24 jam) dan phone call (ofis hour).

6- Stok mudah didapati dan terdapat banyak pilihan mengikut kadar beratnya.

Kenapa saya perlu membeli emas fizikal


KENAPA SAYA MEMBELI EMAS FIZIKAL BERBANDING GSPA MAYBANK atau GIA PUBLIC BANK?

1- GSPA dan GIA hanya memberikan buku simpanan dan bukannya emas fizikal!! sekiranya berlaku sesuatu ada orang nak beli ke nilai emas yang berada dlm buku tu?

2- Kalau tidak silap, jika anda melabur di GSPA dan GIA, dan berlaku penurunan harga emas, maka anda perlu topup capital apabila telah sampai ke 1 tahap.. (kalau slh tlg betulkan)

3- Angka harga emas yg tercatat dlm buku GSPA / GIA, akan menyebabkan saya tidak boleh menggandakan nilai pelaburan saya.

4- GSPA & GIA tidak melindungi nilai aset dan kekayaan. Still paper money.

5- Perlu topup dan tidak boleh kaut untung ketika harga membuat retrace dan correction.

6- Perlu membayar service charge beberapa percent setiap tahun atas simpanan emas.

7- Jika simpanan di bank kurang dari gram yang ditetapkan, anda akan dikenakan caj tambahan


Mengapa saya memilih untuk menyimpan emas berbanding wang tunai


MENGAPA SAYA MEMILIH UNTUK MENYIMPAN EMAS BERBANDING MENYIMPAN TUNAI?

1- Nilai emas sentiasa meningkat utk jangkamasa panjang berbanding nilai wang tunai yg semakin menyusut setiap masa.

2- Emas kalis inflasi dan deflasi.

3- Saya menjadikan emas sebagai sandaran utk meminimakan risiko kerugian dlm pelaburan dan perniagaan.

4- Emas memberi kuasa penggandaan keatas nilai aset pelaburan saya, sekaligus mengurangkan risiko kerugian dlm pelbagai portfolio pelaburan.

5- Saya juga menjadikan emas sebagai pelindung nilai keatas harta yg saya miliki (Insurans).

6- Saya boleh menikmati keuntungan berganda jika nilainya terus menerus naik, dan jika harganya turun pun sy untung juga!

7- Purata kenaikan nilainya sangat tinggi iaitu sekitar 20-35% setahun. Sejak Januari 2010 - kini kenaikan nilai emas telah mencecah 26%.

Cara Belian Emas Public Gold


1- SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item Stok Emas yang mahu dibeli ke 013-6408906.

2- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold dan saya akan email kan Purchase Order / Sales Order kepada anda.

** Perlu diingat harga akan berubah dalam masa 20 minit.

3- Buat bayaran dan collect item anda.

Saturday, 19 March 2011

Harga Emas berubah dalam masa 20 minit

Dalam Web Public Gold, kita dapat melihat harga emas berubah-ubah setiap dua puluh minit. Dalam 20 minit sahaja, kita akan mengetahui keuntungan atau kerugian.

Bagi mereka yang berminat dengan emas, mereka akan peka tentang kenaikan dan penurunan harga emas.

Maka selamat melabur!

Monday, 14 March 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...