Wednesday, 3 August 2016

Thursday, 14 August 2014

Cara mudah kumpul Emas fizikal

Cara mengumpul emas fizikal termudah adalah melalui Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold. Simpanan wang bermula RM100 dapat jongkong emas fizikal.

 Public Gold adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang melancarkan program Gold Accumulation Program (GAP) yang membolehkan pelabur emas mengumpul Emas fizikal dengan cara paling mudah bermodal paling rendah bermula RM100. Program simpanan emas fizikal ini akan membolehkan peminat emas mengumpul emas dengan hanya mengeluarkan wang RM100 sebagai permulaan dan serendah RM50 tambah nilai berikutnya untuk menukar atau mendapat emas fizikal seperti gold bar atau jongkong emas. 

Sistem Simpanan emas melalui program public gold yang baru di lancarkan dan pertama di Malaysia ini membolehkan pembeli emas membeli emas secara online mengikut harga emas antarabangsa dalam kuantiti yang sedikit sehingga 4 tempat perpuluhan seperti 0.0001g.

 Program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold membolehkan pengumpul emas membeli emas termurah iaitu minima RM100 mengikut harga emas dunia. GAP (Gold Accumulation Program) program pengumpulan emas dari Public Gold International Bhd.

Dengan ini, ia adalah system membeli emas secara online mengikut harga semasa emas dunia dengan modal sekurang-kurangnya RM100 dan anda mendapat beberapa gram emas dan dicampur dengan pembelian anda seterusnya hingga mencukupi target jongkong emas 999.9 yang anda kehendaki seperti gold bar 10 gram, 20 gram, 50 gram,100 gram, 250 gram atau 500 gram.

 Setelah mencukupi target anda melalui belian RM100 dan seterusnya dengan minima belian RM50, maka anda mendapat jongkong emas tersebut.


Kebaikkan mengumpul emas dengan program Gold Accumulation Program (GAP) :

1. Menanam sikap berjimat cermat dengan menabung wang dengan modal yang sedikit.

2. Penabung emas boleh menukar atau mendapat emas fizikal setelah mencukupi berat emas.

3. Mendapat keuntungan apabila harga emas naik setelah membeli emas dari awal pada harga emas rendah.

4. Meringankan beban melalui penabungan yang sedikit dan seterusnya akan mendapat emas fizikal yang bernilai, selamat dan terjamin. Kata orang “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”

5. Jualan emas dari tabungan anda juga boleh di lakukan secara online bila-bila masa jika anda meemerlukan tunai.

Tuesday, 6 December 2011

Friday, 18 November 2011

Pelaburan EMAS - Kaedah, Pendekatan dan Strategi



Buku mengenai Pelaburan EMAS yang sangat menarik. Saya sudah membacanya.
Anda bila lagi?





Bahagian 1
Bab1 Pengenalan 3
Bab 2 Sifat-Sifat Emas 13
Bab 3 Kegunaan-Kegunaan Emas 19
Bab 4 Sumber-Sumber Emas 25
Bab 5 Ukuran Timbangan Emas 29
Bab 6 Jenis-jenis Emas 35
Bab 7 Kaedah Menentukan Ketulenan Emas 45

Bahagian 2
Bab 8 Kaedah Penentuan Harga Emas 53
Bab 9 Bentuk-bentuk Pelaburan Emas di Malaysia 57
Bab 10 Pembekal-pembekal Pelaburan Emas di Malaysia 63

Bahagian 3
Bab 11 Perancangan Sebelum Melabur 69
Bab 12 Risiko Pelaburan Emas 87
Bab 13 Strategi Pelaburan Emas 93

Bahagian 4
Bab 14 Penipuan dalam Pelaburan Emas 109
Bab 15 Pengiraan Zakat 115

Friday, 23 September 2011

George soros naik tangga ke sepuluh terkaya di amerika sebab pelaburan emas

NEW YORK: Pelabur, George Soros, pada usia 81 tahun, buat kali pertama tersenarai antara 10 orang paling kaya di Amerika Syarikat.

Tidak mengejutkan, Bill Gates sekali lagi menduduki tangga teratas senarai berkenaan dengan harta berjumlah AS$59 bilion, meningkat AS$5 bilion, lapor Majalah Forbes semalam dalam edisi 2011 senarai tahunan orang paling kayanya.


Pengasas Microsoft itu menjadi orang paling kaya Amerika sejak 1994.

Setiap mereka yang berada dalam senarai 20 paling kaya menyaksikan kekayaan mereka meningkat, kecuali Warren Buffet yang hartanya merosot sebanyak AS$6 bilion kepada AS$39 bilion ekoran kejatuhan sahamnya dalam Berkshire Hathaway. Buffett sebelum ini menggesa Presiden Barack Obama supaya meningkatkan cukai terhadap jutawan dan berikrar akan mendermakan 99 peratus hartanya untuk kerja kebajikan.


Menduduki tangga ketujuh, Soros memiliki harta berjumlah AS$22 bilion selepas menggabungkan harta bersihnya bernilai AS$7.8 bilion dengan pelaburannya dalam emas dan sekuriti berkaitan.


Soros menukarkan sahamnya kepada tunai pada musim bunga lalu, membolehkannya mengekalkan keuntungan dan mengelak daripada kerugian ketika kegawatan pasaran ekoran krisis hutang di Eropah.

Sementara itu, Buffet menduduki tangga kedua dan kemerosotan hartanya berpunca daripada kejatuhan saham nya dalam Berkshire Hathaway sebanyak sembilan peratus antara 25 Ogos 2010 dan 26 Ogos 2011. “Beliau juga adalah bilionair paling dermawan,” kata Luisa Kroll, Pengarang Forbes. Menduduki tangga ketiga senarai itu ialah pengasas Oracle, Larry Ellison, yang nilai kekayaannya meningkat sebanyak AS$6 billion kepada AS$33 billion. - AP

Thursday, 22 September 2011

Wednesday, 14 September 2011

Bila masa sesuai untuk membeli emas?


Ramai yang bertanya tentang soalan diatas dan amat digemari bagi mereka baru terbuka mata untuk melabur emas.

Bagi saya, jawapannya amat mudah iaitu SEKARANG or NOW!. Kalau tak melabur sekarang, bila lagi. Nak tunggu harga rendah, memang ada adat turun naik.

Rata-rata, apabila mereka beli masa rendah, dan sekarang harga melonjak tinggi, gembira sakan.

Tapi bila, harga jatuh dari nilaian yg mereka beli sebelum ni. Ramai la dok komplen tak puas hati.

Anyway, bagi saya. Kalau tak start sekarang, bila lagi.. Nak tunggu harga emas RM400/gm baru nak melabur.

So tunggu la buah durian tu gugur.. Kalau gugur tak pe. tapi yg gugur nya orang lain punya dusun durian..

Hehe.. Fikirkan lah.

** macam gambar durian diaatas, dan kena ikat dgn sarung dawai. So memang tak gugur lah.. Tunggu la ya sampai dia gugur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...